Only In Malaysia

Published on May 3rd, 2013 | by FM

0

Selangor umum 6 Mei cuti umum (Monday Holiday yay)

IN BAHASA MELAYU:

Kerajaan Selangor  mengumumkan hari Isnin 6 Mei sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

“Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan Selangor berharap hari pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja.

“Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan padu rakyat Selangor.

“Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak,” kata Abdul Khalid.

IN ENGLISH:

SHAH ALAM: This Monday has been declared as a public holiday for Selangor.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the decision was made for the convenience of voters, who will go to the polls on Sunday, May 5.

He said the public holiday would help the people of Selangor carry out their responsibility as voters.

The declaration is in line with Paragraph 9 of the Public Holidays Act 1951, which states that the state government can declare one day a year as a public holiday, he said in a statement.

He said that he hoped the day off would allow voters to return to their constituencies to vote, and not have to rush back to work.

“We pray that all voters will return safely to carry out their duties as Malaysians,” he said.

Like Reading?

Tags: 6 mei, cuti umum, holiday


About the Author

The leading media company in Malaysia for the social age, intensely focused on delivering high quality original reporting, insights and viral contents.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

Back to Top ↑